Kelas Nadi Mahir Foto Sesi 1 – Video Iii
24 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus pada minggu ini, peserta diterangkan kepentingan pasca penerbitan dan format editing seperti offline dan online. Selain itu, guru mahir menerangkan langkah-langkah pasca penerbitan. Aplikasi editing yang sesuai digunakan seperti Capcut, VN Editor, Adobe Premiere Rush LumaFusion dan Kinemaster.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu peserta untuk menjadi usahawan dan meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: